Wednesday, December 19, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

Image result for pedagogy

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING


What is PEDAGOGY?
Must be something good! 
Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semua guru menggunakan e-Learning contohnya seperti VLE-Frog etc. 
Untuk kelas minggu ini, Dr dengan berbesar hatinya ingin berkongsi kepada kami tentang apa yang telah dikongsikan beliau oleh sesi kursus untuk pensyarah baru Universiti Malaya. Dan apa yang menarik minggu ini ialah kami dikejutkan dengan berita gembira. Apa berita gembira tersebut? Dr Dorothy telah menerima anugerah E-Pembelajaran Inovatif hehe. So proud of you Dr! Pencapaian yang sangat membanggakan .Tahniah!😊😊
So berbalik dengan apa yang kami pelajari tentang intipati pedagogy pada minggu ini ialah Dr menerangkan serba sedikit apa itu pedadogy. Perkataan PED berasal daripada boy/Leader Latin; Gogy membawa maksud pengajaran dan pembelajaran; PEDAGOGY memberi makna mengajar. 
Dr juga ada menerangkan serba sedikit mengenai; 
  • Critical Praticioner
  • Psycho-Diagnose
  • Reflective Practitioner
  • Community in Practice
  • Assurer of Organisational Quality
So dalam banyak-banyak point di atas, apa yang saya ingin detailkan adalah mengenai point community in practice itu bermaksud belajar untuk sosialiti yang mana peranan kita sebagai seorang guru adalah untuk membangunkan pengetahuan sosialisasi sekitarnya dan ianya boleh diterima pakai oleh semua orang. Teaching for teachers not to research okay. 🙅


Image result for kahoot


So, lepas Dr terangkan semua point yang penting then Dr ada buat sikit la kuiz untuk menilai kefahaman kami mengenai apa yang Dr jelaskan tadi secara keseluruhannya. Kami pun bersedia dengan smartphone masing-masing. Hanya ada 3 soalan mudah sahaja. So pemenangnya kahoot lah yang akan kirakan dan tetap kan. Jawapan mestilah cepat dan tepat, tak boleh cepat tapi tak tepat and tak boleh lambat even jawapan dah tepat! MESTI CEPAT DAN TEPAT!

So pemenangnya ialah sayaaaaaaa! 




Actually, penggunaan games kahoot ini sangat interaktif dan menarik minat pelajar. Semangat untuk menjawab soalan dengan cepat dan tepat itu dibina oleh disebabkan music yang dipasang dan menjadi background music ketika games dimainkan itu membuat kan pelajar berkobar-kobar untuk menjadi pemenang!
Saya sendiri telah membina beberapa MyKahoot untuk pelajar saya di UNIKL KG BARU. Saya mengaplikasikan games Kahoot ini sejak tahun 2014 saya mengajar di sana. Apa yang saya lihat, pelajar sememangnya belajar dan cuba mengingat bahasa baru yang dipelajari nya untuk disoal pada akhir pembelajaran menerusi games Kahoot. Yes! definitely mereka sangat enjoy dan saya menjadikan games itu lebih menarik dengan menggunakan background music untuk permulaan permainan yang pelbagai. Saya mudah mendapat data pemenang secara tepat dan afektif. Pelajar pun berasa seronok dengan points yang mereka perolehi pada akhir permainan Kahoot.

Selain itu, kami ada berbincang di dalam kumpulan yang telah ditetapkan beberapa cara bagaimana menghasilkan sebuah innovative learning seperti di bawah;

  1. Menggunakan sosial media
  2. Memberi peluang pelajar untuk buat kesalahan 
  3. Teachback
  4. Design thinking
  5. Learning from the crowd
  6. Video games
  7. Formative analytics
  8. Learning for the future
  9. Translanguaging
Apa yang menarik perhatian saya adalah point yang ke 8 yakni learning for the future. Kita sebagai guru perlu mempersiap sediakan pelajar untuk bekerja dan hidup pada jangka masa akan datang yang semestinya bersifat unpredictable atau sukar dijangka. Guru tidak boleh mengajar apa yang ada di dalam silibus untuk tahun-tahun semasa sahaja tapi guru perlu menghubungkaitkan beberapa unsur yang akan berlaku 5-10 tahun akan datang. Contohnya berfikir mengenai kecanggihan teknologi untuk 5-10 tahun akan datang. Softskills pelajar juga amat penting untuk diasah dan dipupuk bagi persediaan masa akan datang pelajar itu sendiri. Pelajar bukan belajar untuk menghafal sesebuah fakta semata-mata akan tetapi pelajar perlu menguasai beberapa kemahiran yang diperlukan. 

Seterusnya, kami turut berbincang di dalam kumpulan yang telah ditetapkan beberapa cara bagaimana menghasilkan sebuah Blended Learning seperti di bawah;

  1. Rotation model (Station Rotation, Lab Rotation)
  2. Flipped classroom
  3. Individual rotation
  4. Flex model
  5. Ala-carte model
  6. Virtual model
  7. Active Learning
Saya berminat dengan jenis blended learning nombor 4 iaitu Flex Model yang mana model ini menekankan mengenai online dan offline class dan individu akan menentukan kesesuaian waktu sama kelas Face to Face (F2F) ataupun kelas non Face to Face (NF2F).

Ada dua innovative learning iaitu Spaced Learning and Learning Making Science. Learning making Science ini adalah berfokuskan kepada orang awam ataupun dipanggil komuniti. Memerlukan wakil volunteer untuk join sesebuah organisasi dan memberi peluang kepada komuniti untuk join program dan aktiviti yang berunsurkan Science. Tujuannya adalah untuk merasai dunia Sains yang sebenar contohnya menjadi Saintis sebenar. Akan tetapi subjek tidak lah terhad kepada subjek Science semata-mata. 
Interactive learning pulak ialah sebuah pembelajaran yang memerlukan guru untuk sentiasa bergerak. Dan tidak semestinya pelajar pun kena bergerak, sekiranya pelajar tidak bergerak guru perlu memberi aktiviti untuk mereka berinteraksi sesama sendiri. 








REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEBELAS 14 DECEMBER 2018

Related image

PEMBENTANGAN TUGASAN LESSON PLAN DAN PERBANDINGAN KURIKULUM

Assalamualaikum and Hi! 

Pada minggu ini kami semua ditugaskan untuk membentang hasil kerja yang telah kami usahakan berminggu-minggu untuk disiapkan iaitu lesson plan dan perbandingan kurikulum dengan negara luar. Setibanya di kelas, kami dikehendaki untuk mencabut undi giliran kumpulan untuk pembentangan. So! kumpulan sy mendapat giliran nombor 5. 

Kami cuba membentangkan mengikut kriteria penilaian yang diperlukan oleh Dr Dorothy sepertimana yang telah dijelaskan beliau pada minggu yang lepas. Yang penting keberhasilan lesson plan yang inovatif dan interaktif!

Manakala pembentangan perbandingan kurikulum pula memerlukan kami menonjolkan beberapa isi penting mengenai aspek perbezaan dan persamaan yang ketara di antara kurikulum negara yang dibandingkan. Maka, setiap kumpulan hanya diperuntukkan 10 minit untuk membentangkan kedua-dua tugasan justeru kami memilih untuk menjelaskan beberapa kriteria yang unik dan tersendiri mengikut kurikulum negara yang kami bandingkan berdasarkan beberapa elemen penting.

Secara keseluruhannya, pembentangan daripada kumpulan lain adalah sangat memberansangkan. Ada beberapa ahli kumpulan lain yang dibentuk bercampur bidang asal dan mereka mempunyai cabarannya yang tersendiri untuk menghasilkan sebuah lesson plan di luar bidang masing-masing. Ada juga kumpulan menggabungkan ahli mereka daripada dua bidang iaitu fizik dan Matematik. Mereka memilih untuk menghasilkan lesson plan yang pengakhirannya adalah gabungan antara kedua-dua subjek tersebut memandangkan sifat yang ada pada kedua subjek tersebut mempunyai persamaan. Namun, segala cabaran tersebut sebenarnya ada pada setiap kumpulan.

Bagi kumpulan kami sendiri adalah sangat mencabar untuk memilih tajuk yang boleh dipraktikkan dalam dunia semasa dan memasukkan beberapa elemen pengaplikasian dari bidang Sains dan Teknologi. Kita tidak mahu lihat subjek Pendidikan Islam ini adalah sebuah subjek yang dianggap bosan oleh pelajar disebabkan mereka sedia ada mengaplikasikan di rumah dan kehidupan seharian malahan hanya membuat proses pemerhatian terhadap apa yang dipraktikkan oleh ibu bapa mereka sendiri. Namun, subjek Pendidikan Islam haruslah berfungsi untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan praktikan seseorang pelajar supaya segala amalan yang dilakukan mestilah sempurna dan betul bukan hanya melakukannya hasil daripada pemerhatian semata- mata.

Justeru, para gurulah yang memainkan peranan yang amat penting untuk merancang rancangan pengajaran dan pembelajaran harian menjadi sebuah rancangan yang lebih praktikal dan afektif bukan hanya sekadar berobjektifkan pelajar untuk menghafal fakta semata-mata. Malahan, teori dan praktikalnya adalah amalan dalam kehidupan seharian sesuai dengan matlamat pendidikan Islam yakni bagi melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan mengamalkannya akhirnya untuk menjadikan insan yang soleh dan beramal mulia. 

Image result for soleh

Tuesday, December 18, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEPULUH 7 DECEMBER 2018

 PEMARKAHAN ASSIGNMENT SECARA TERPERINCI


Image result for assignment

Assalamualaikum and Hi!
Untuk kelas minggu ini Dr dah janjikan pada kami minggu lepas bahawa beliau akan membantu kami dalam tugasan berkumpulan iaitu lesson plan. So! sebelum itu Dr telah memulakan kelas dengan men detailkan beberapa rubrik pemarkahan assignment kami yang kesemuanya berjumlah 70%. Banyak kan? Mestilaaaaa haha. Because markah peperiksaan kami hanyalah 30% sahaja. So macam mana sekalipun, we must struggle untuk siapkan assignment yang ada supaya kami boleh membawa carry mark dengan banyak ke dalam dewan peperiksaan nanti untuk membantu kami hahahahha.







Selepas selesai Dr menerangkan tiga perkara di atas, kami boleh duduk dalam kumpulan untuk berbincang tugasan lesson plan kami. Dr akan melakukan rotation dan pelajar juga mengambil kesempatan untuk mendengar penjelasan Dr dalam kumpulan lain. Situasi ini boleh disamakan seperti blended learning iaitu Rotation Model. Model ini mengkehendaki pelajar dalam setiap kumpulan untuk bergerak ke kumpulan lain dan tengok kelebihan dan kelemahan kumpulan lain bagi menambah baik kekurangan tugasan kumpulan sendiri. 

Monday, December 17, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KE LAPAN 23NOVEMBER 2018


Related image

Non F2F Class - PERBINCANGAN LESSON PLAN


Minggu ini kelas kami ditetapkan untuk membuat perbincangan mengenai pemilihan topik Lesson Plan. And semestinya kelas dibatalkan disebabkan Dr Dorothy ada tugasan luar yang perlu diselesaikan. So kami pilih untuk memilih tajuk masing-masing terlebih dahulu seterusnya mencadangkan setiap orang. Untuk kumpulan saya, kami memilih subjek pendidikan Islam memandangkan saya sendiri dari bidang Pendidikan Islam bersama rakan kumpulan saya iaitu saudara Hafiz dan saudari Mawaddah dari bidang Tahfiz. Walaubagaimapun, apa yang kami lihat adalah ISLAM sememangnya the way of life so segala intipati yang terdapat di dalam kurikulum  sedia ada hari ini sebenarnya rata-rata seluruh dunia telah mempraktikkan perkara yang sama. 

Jadi, kami telah memikirkan dan berhujah-hujah bersama dan bersepakat untuk mengambil tajuk di bawah tema FIQH atau FEQAH dan tajuk SOLAT telah menjadi pilihan kami. Selepas itu, kami bersama-sama memikirkan bagaimana hendak mengolah lesson plan solat seperti contoh-contoh yang sedia ada menjadikan sebuah rancangan pengajaran bertajuk SOLAT tersebut lebih menarik dan terkehadapan sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 yang menjadikan sebuah pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembantu dan pembimbing. Inisiatif kami adalah mencari seberapa banyak contoh lesson plan di dalam bidang apa sekali pun khususnya lesson plan yang terdapat dalam kurikulum dari luar negara. Ini adalah supaya, lesson plan kami boleh digunakan around the world.

Sebenarnya dalam Islam terdapat pelbagai jenis-jenis solat. Ada solat wajib dan solat sunat. Apa yang perlu diketengahkan dan dikukuhkan lagi kepada pelajar hari ini tidak kiralah usia mereka di sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah rukun solat yang perlu ditunaikan secara betul dan baik. Ramai pelajar hari ini sekiranya di tanya, bacaan surah al-Fatihah tidak mampu di baca dengan sempurna lagi walhal bacaan surah tersebut adalah salah satu rukun solat yang ada dan sekiranya tidak di baca solat akan dianggap dan dikira tidak sah. Isu solat ini sebenarnya besar kesannya jika tidak dikukuhkan dalam kalangan pelajar baik pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah kerana permulaan menunaikan solat lah mampu mencegah mereka untuk melakukan pelbagai gejala negatif yang tidak sepatutnya dilakukan pada hari ini.

Justeru, kami sebagai ahli kumpulan yang mewakili bidang PENDIDIKAN ISLAM satu-satunya di dalam kelas ini menganggap isu ini perlu dititik beratkan dan kami bersetuju bersama-sama untuk menjadikan tajuk SOLAT sebagai pilihan tajuk yang perlu ditonjolkan dalam penghasilan lesson plan kami supaya ianya boleh diguna pakai pada masa akan datang sebagai sebuah lesson plan SOLAT yang lebih inovatif dan komprehensif. Seterusnya, mampu memberi kesan yang besar kepada seluruh pelajar ISLAM di Malaysia khususnya. 

Memandangkan kami mempunyai 3 ahli kumpulan sahaja maka pembahagian lesson plan SOLAT ditetapkan seperti di bawah;

  • Hafiz - dalil mendirikan solat, rukun solat dan sebagainya
  • Izzah ( saya sendiri) - Solat dan hikmahnya dalam pengaplikasian dari sudut Sains dan Teknologi
  • Mawaddah - amali solat dan bagaimana hendak menentukan arah kiblat dengan betul?
Seterusnya kami bersama-sama memikirkan objektif pembelajaran dan pengajaran masing-masing mengikut pembahagian topik kecil SOLAT yang telah ditetapkan. Untuk lesson plan yang akan saya hasilkan, penetapan objektif pembelajaran dan pengajaran mestilah berpandukan kepada kriteria yang terdapat di dalam Bloom's Taxanomy supaya objektif yang dihasilkan adalah memberi kesan kepada pelajar secara menyeluruh dalam pelbagai aras


Image result for solat

REFLEKSI KELAS MINGGU KETUJUH 16 NOVEMBER 2018

HOW TO PRODUCE AN INNOVATIVE LESSON PLAN? 

Image result for lesson plan


Assalamualaikum and a very good morning, afternoon and evening to all hihi. 😉
Untuk kelas Pembangunan Kurikulum bersama Dr Dorothy minggu ini, kami diarahkan diminta untuk menghasilkan sebuah lesson plan atau melayunya di panggil 'rancangan pengajaran dan pembelajaran'.

Apa itu Lesson Plan?


Lesson Plan merupakan salah satu keupayaan untuk meningkatkan proses dan hasil pembelajaran yang akan dilaksanakan secara kolaboratif dan berkelanjutan berlandaskan pada prinsip-psrinsip mutual learning untuk membangunkan komuniti belajar.


Okay, itu bahasa formal nya lah. Tapi mengikut kefahaman saya secara ringkas, lesson plan ini adalah sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh semua pendidik. Why pendidik tapi bukan cikgu je? hehe 😝

Oleh sebab lesson plan ni semua pendidik kena sediakan and or course lah penyediaannya mesti sebelum proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Untuk hari ni, di sekolah tidak lagi memanggil menyebut istilah PdP, malahan istilah tersebut telah digantikan dengan istilah yang lebih produktif iaitu PdPC dan istilah PdPC mewakili pemudahcaraan. Guru pada hari ini perlu menghasilkan sebuah PdPC yang lebih ber reformasi komprehensif. Ini adalah kerana, transformasi dalam sistem pendidikan memerlukan reformasi komprehensif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPc) seiring perkembangan pesat teknologi hari ini. Menurut Pengerusi Yayasan Qatar, Sheikha Moza Nasser berkata

"Antara cabaran dihadapi kini ialah bagaimana perkembangan pesat teknologi dapat dimanfaatkan pelajar khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dan pada masa sama, memastikan berupaya menapis maklumat tidak sahih.
"Ini termasuk menyediakan kurikulum dan pedagogi yang dapat membangunkan pemikiran kritis selain melengkapkan warga pendidik serta pelajar dengan alat pembelajaran yang bersesuaian," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Persidangan Inovasi Dunia bagi Pendidikan (WISE) pada 15 November 2017. 

Related image

Pembelajaran Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan "kumpulan pelaksana" yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut.


So ada beberapa perkara yang disarankan oleh Dr Dorothy dalam pembinaan dan penghasilan sebuah lesson plan yang inovatif untuk digunakan di dalam kelas sebagai pemudahcaraan kepada guru. 
Dr menyarankan supaya lesson plan yang akan kami hasilkan nanti mengikut kumpulan itu mestilah sebuah lesson plan yang boleh digunakan around the world. Maksudnya, lesson plan itu tidak terhad atau terikat untuk kurikulum di Malaysia sahaja malahan ianya mampu diaplikasikan oleh segenap kurikulum dunia. Juster, pemilihan topik lesson plan kami amat penting untuk menitikberatkan mengenai sosiologi masyarakat negara luar semasa supaya tajuk yang kami pilih nanti mampu digunakan di negara lain heheheh. Class sangat bunyi nya kan 😜😜. Tapi ini lah realiti. So lets brainstorming together lah! 😞😞


Selain itu, Dr memberi cadangan untuk memilih pelbagai strategi bagi menjayakan objektif yang akan dilampirkan dalam lesson plan kami tersebut. Contoh strategi seperti memasukkan beberapa aktiviti yang menarik bagi mencapai objektif pembelajaran seperti; Jigsaw, Groupwork dan sebagainya. And! yang penting setiap apa aktiviti dan strategi yang kami lampirkan tersebut mestilah di datangkan dengan justifikasi bagi menerangkan dan mengukuhkan lagi whyyyy kami pilih strategi tersebut. Adakah strategi tersebut mampu mencapai objektif kurikulum tersebut? Ahaaaaaaaa realiti nya menjadi seorang guru cabaran terbesar adalah menghasilkan lesson plan yang berkesan kepada pelajar. So lets brainstorming together lagi lah! 😚😚


Part yang paling penting dalam kriteria lesson plan yang berjaya dan afektif adalah penulisan dan pemilihan objektif pembelajaran. Yes! nampak senang tapi bukanlah semudah yang disangka hahaha. Guru perlu tahu menulis objektif pembelajaran dan objektif untuk mengukur 'mengetahui' sahaja tak cukup okayyyy. Mesti memerlukan objektif yang mengukur tahap pelajar menggunakan aras yang lebih tinggi. Pelajar tidak digalakkan untuk menghafal sahaja dalam sesebuah PdPC tapi mereka tahu bagaimana untuk mengaplikasi dalam dunia sebenar berdasarkan apa yang mereka pelajari di sekolah dan ini lah di sebut sebagai pengalaman pembelajaran. Jadi setiap lesson plan yang dihasilkan mestilah mempunyai instructional strategy bagi mengukuhkan lagi keberhasilan sesebuah pengajaran dan pembelajaran. 


Sebenarnya ada banyak cara dan strategi untuk menghasilkan sebuah lesson plan yang inovatif. Apa yang penting guru perlu rajin menerokai apa yang diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Teknologi hari ini kian membangun dan berkembang dengan cepatnya. Kita sebagai seorang guru kadang-kadang tidak boleh hanya mengajar dan mengajar dan meletakkan diri di bawah tempurung tanpa menghiraukan perkembangan semasa pelajar. 

Tuesday, November 20, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KEENAM 2 NOVEMBER 2018

GOAL ANALYSIS


Untuk kelas minggu ini, kami masing-masing telah pun mendapat markah untuk tugasan minggu lepas. Markah tugasan saya mendapat 65% sahaja. Tapi, tidak mengapa. Saya cuba mencari apakah kekurangan dan kesilapan dalam penulisan tugasan saya minggu lepas.

Suprisingly, ada pelajar yang memperolehi markah yang tinggi iaitu sebanyak 80% markah. Ini adalah penulisan mereka kebanyakannya kriteria yang ditulis adalah mengikut apa yang Dr Dorothy mahukan. 

Akan tetapi, Dr ada cakap yang mana kebanyakan daripada kami silap faham akan tugasan minggu lepas. Pelajar majoritinya memahami bahawa tugasan tersebut mengkehendaki mereka menulis lesson plan, tetapi ianya salah sama sekali. 

Justeru, kelas minggu ini, Dr telah datang untuk menerangkan beberapa aspek penting yang perlu ada dalam skema pemarkahan  bagi tugasan 'bagaimana untuk memasak nasi'. 

Goal analysis- yang pertamanya mesti ditentukan matlamat dan kriteria matlamat tersebut adakah ianya dengan bantuan ataupun tidak memerlukan bantuan. Objektif yang boleh ditetapkan adalah seperti di akhir pembelajaran ini pelajar boleh menyukat beras & air untuk memasak nasi dengan menggunakan periuk nasi elektrik secara selamat dan sempurna. 

Guru perlu menerangkan beberapa jenis beras yang ada seperti beras perang, beras putih, beras pulut dan sebagainya. Akan tetapi penjelasan mengenai jenis beras ini sepatutnya tidak perlu diketengahkan kepada pelajar pra-sekolah yang berumur 5 tahun. Jadi, guru perlu terus menceritakan bahawa beras adalah makanan yang akan menghasilkan sejenis makanan iaitu nasi. Pendek kata, nasi itu asalnya daripada beras. Guru akan menunjukkan beras kepada pelajar tersebut secara 'live' kerana khuatir ada daripada mereka tidak pernah melihat beras dan hanya melihat nasi semata-mata. 

Selain itu, guru juga mengenalkan kepada pelajar berumur 5 tahun tersebut mengenai jenis-jenis periuk nasi. Ada periuk nasi elektrik dan ada periuk nasi manual dan kedua-duanya berfungsi untuk memasak nasi. Beberapa langkah boleh dijelaskan kepada pelajar seperti; (1) sukat beras (2) sukat air (3) basuh 3 kali bersama doa (4) buka elektrik (periuk nasi elektrik) buka api (periuk nasi manual). 

Nilai bahaya, hati-hati & kerohanian secara khususnya boleh diterapkan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran ini seperti; (1) bahaya dan jaga-jaga dengan arus elektrik (2) tekan suis pastikan jari kering tanpa air (3) panas periuk nasi (4) basuh nasi sambil membaca doa. Pengetahun sedia ada pelajar juga dititik beratkan dengan melihat kemungkinan ada pelajar sudah mengetahui jenis periuk nasi dan jenis beras. 

Berikut adalah beberapa aspek penting untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran 'bagaimana untuk memasak nasi' bagi pelajar pra-sekolah berumur 5 tahun;

  • OBJEKTIF
  1. Mengenal beras yang sudah masak sempurna dengan menggunakan periuk elektrik dan memastikan langkah-langkah keselamatan.
  2. Pelajar boleh menyukat beras dan air untuk masak nasi dalam periuk nasi
(Semua aspek penting dalam penulisan objektif ada iaitu; pengetahuan, kemahiran & nilai)

  • ITEM ASSESMENT
  1. pemerhatian - masak nasi
  2. pemerhatian - langkah-langkah keselematan

  • INSTRUCTIONAL STRATEGY
  1. boleh bina kumpulan untuk pelajar sekiranya ada aspek pengetahuan, pengalaman dsbgnya.
  2. Resources - video, gambar, canva, poster dsbgnya
  3. Worksheet
  4. Delivery - online or F2F class

Dr juga ada menerangkan mengenai Gagne 9 Steps untuk menghasilkan lesson plan yang baik untuk dirujuk. 


Kesimpulannya, saya telah melihat beberapa kekurangan yang terdapat dalam tugasan yang disiapkan saya pada minggu lepas selepas Dr menerangkan beberapa aspek penting untuk goal analysis dan instructional analysis. Kelas ini telah membantu saya memahami lebih baik bagaimana untuk merangka beberapa goal analysis sebelum memulakan penulisan lesson plan pengajaran dan pembelajaran.





REFLEKSI KELAS MINGGU KELIMA 26 OKTOBER 2018

Online class (Kelas dalam talian


So, untuk kelas minggu ini, Dr Dorothy ada tugasan luar yang memerlukan kelas FacetoFace (F2F) kami dibatalkan. Jadi, sukacitanya Dr masih mencari inisiatif untuk kami saling menambah ilmu untuk kelas ini. Apa yang Dr buat? yes, online class lah sudah tentu hehe. 

Kami diarahkan untuk menonton beberapa video you tube yang di beri link dalam spectrum seterusnya menyiapkan beberapa tugasan berdasarkan kefahaman video tersebut. Sudah pasti video tersebut in English. Jadi, bagi saya yang merupakan pelajar sedar diri lemah dalam penggunaan bahasa Inggeris, apa yang saya buat? Saya memerlukan persekitaran yang tenang untuk saya mendengar intipati video dengan tenang dan jelas. Saya juga menggunakan bantuan headphone bagi mempertingkatkan lagi kualiti kemahiran mendengar yang diperolehi seterusnya membantu saya mendengar audio dan video dengan baik.

 Antara video yang ditugaskan untuk ditonton adalah video yang bertajuk The ADDIE Analysis Phase & The ADDIE Design Phase. Kedua-dua video ini masing-masing berdurasi 5 minit 26 saat & 6 minit 40 saat. 

Selepas selesai menonton kedua-dua video tersebut, kami ditugaskan untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan video tersebut. 


Kami dikehendaki untuk menyediakan pembelajaran yang berkaitan bagaimana cara untuk mengajar pelajar pra-sekolah yang berumur 5 tahun untuk memasak nasi. Perkara yang mesti ada dalam penulisan tersebut mestilah dari aspek goal analysis & instructional analysis

Saya cuba mencari beberapa article tentang ADDIE MODEL dan juga model-model instructional design yang lain dan memfokuskan bagaimana hendak menentukan goal analysis dengan tepat dan menyeluruh. Saya cuba mehamami apakah perkara-perkara penting yang perlu dilihat untuk menganalisis latar belakang pelajar dan beberapa aspek penting di bawah instructional analysis. Ada satu perkara yang menarik minat saya ialah aspek pengetahuan sedia ada pelajar yang mana saya perlu menganalisisnya untuk menentukan dan analisis cara pengajaran saya. 

Tugasan yang seterusnya adalah menentukan beberapa goal analysis untuk pelajar Denmark dan rancangan pengajaran yang sama iaitu mengajar bagaimana cara untuk memasak nasi yang sempurna. Tugasan ini memerlukan saya membezakan beberapa aspek penting untuk menentukan instructional design yang sudah tentunya berbeza sama sekali dengan kumpulan pelajar 5 tahun pra-sekolah. Pelajar Denmark ini dinyatakan juga oleh Dr Dorothy yang mana mereka langsung tidak mempunyai pengalaman memasak nasi dan juga tidak pernah langsung mempunyai dan membeli rice cooker (periuk nasi). 

Sememangnya ini adalah tugasan pertama yang saya anggap agak mencabar. Jadi, tidak cukup hanya video yang disediakan, malah saya perlu mencari rujukan luar untuk menambah rujukan dan kefahaman saya supaya menghasilkan sesuatu persediaan pengajaran yang baik untuk murid pra-sekolah berumur 5 tahun dan pelajar Denmark yang barangkali tidak menjadikan nasi itu sebagai makanan ruji. Kedua-dua jenis kumpulan ini mesti mempunyai instructinal analysis yang berbeza supaya kita sebagai guru dapat mencapai objektif pelajaran bagaimana hendak memasak nasi. Penulisan kami ini mestilah tidak lebih daripada 1000 patah perkataan. 

REFLEKSI KELAS MINGGU KEEMPAT 19 OKTOBER 2018

INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN


Anda pasti pernah mengikuti sesebuah training dalam keperluan pekerjaan anda? Antara contoh training tersebut seperti training e-learning dan lain-lain lagi. Apabila anda pulang daripada training tersebut, anda merasakan training tersebut  sangat bagus sehingga anda merasakan anda memperoleh sesuatu yang bermanfaat dan seterusnya anda mampu menerapkan intipati dalam training tersebut dalam pekerjaan anda. Namun di sisi lain ada training yang anda merasa tidak mendapat banyak manfaat kerana training tersebut dianggap anda gagal memahami apa yang disampaikan, padahal anda merasakan intipati  yang terkandung dalam training tersebut penting bagi pekerjaan anda. Juster, perbezaan antara training bagus dan tidak inilah terletak pada sesebuah pembinaan Instructional Design tersebut.





Instructional Design adalah proses untuk merancang proses penyampaian material dalam sebuah proses pembelajaran untuk menciptakan pengalaman pembelajaran (learning experience) yang mampu membuat pemahaman material dan pengetahuan tersebut lebih menarik, efektif dan efisien. Salah satu model Instructional Design yang sering digunakan adalah ADDIE



ADDIE? 




Model ini adalah model yang sering digunakan dalam menerapkan Instructional Design dalam proses pembelajaran.Sehinggakan, Instructional Design adalah lebih familiar dengan ADDIE MODEL. Terdapat 5 tahap dalam model ini Analysis, Design, Develop, Implement, Evaluation.


  • ANALYSIS
Goal analysis memerlukan analisis keperluan atau pun disebut priorities. Setiap analisis tersebut mestilah melihat kepada target audiences. Contohnya kategori pelajar yang bagaimana, pelajar jenis apa, pengetahuan sedia ada pelajar dan sebagainya. 
Kita boleh menggunakan beberapa cara untuk menentukan objektif pembelajaran seperti

SMART

S - SPECIFIC
M- MEASUREABLE
A- AUDIENCE
R- RELEVANT
T- TIMELY






Berikut adalah beberapa contoh dari instructional design model yang lain:


1. Dick and Carey Model
2. Robert Gagne’s Model
3. Kemp Model
4. A.S.S.U.R.E



II. Dick and Carey ModelDick and Carey Model (DC) mengikuti pola dasar instructional design ADDIE ( analysis, design, development, implementation and evaluation ). Model Dick and Carey adalah salah satu dari Model Prosedural. Iaitu model yang menyarankan agar penerapan prinsip  pembelajaran disesuaikan dengan langkah-langkah yang harus digunakan secara berturutan dan model ini terdiri dari 10 komponen.


Thursday, October 18, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KETIGA 12 OKTOBER 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KETIGA



CURRICULUM DESIGN (REKA BENTUK KURIKULUM)

Proses pembinaan kurikulum adalah sebuah pengalaman pembelajaran yang melibatkan tiga aspek utama ; (1) elemen (2) proses (3) reka bentuk yang mengikut kehendak semasa. Sekolah adalah institusi yang mampu mencapai segala objektif dan matlamat pembinaan sesebuah pembangunan kurikulum itu sendiri seterusnya memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang dan ditentukan. 


Elemen yang perlu ada dalam proses pembinaan kurikulum adalah objektif ataupun matlamat. Oleh disebabkan perubahan sentiasa berlaku dalam kalangan masyarakat, maka penentuan kurikulum juga harus mengambil kira perubahan-perubahan ini agar apa yang dipelajari tidak terpisah dengan konteks semasa. Objektif dan goal ini boleh menggunakan beberapa kriteria untuk menjadi asas rujukan kepada matlamat yang akan dibentuk yakni matlamat yang mapu memberi kepuasan kepada kehendak individu dan releven kepada sesebuah masyarakat khususnya ( Abu Bakar, 1991). 


Selain itu, elemen yang penting dalam sesebuah kurikulum adalah pengalaman pembelajaran. Ciri-ciri pengalaman pembelajaran yang dimaksudkan adalah guru perlu membuat sebuah pemerhatian dan membentuk beberapa konsep dan mengeneralisasikannya berdasarkan persamaan yang telah ditemui. Ini adalah kerana guru perlu menyediakan bahan pengajaran untuk membentuk sebuah aktiviti berdasarkan tema pembelajaran kepada pelajar. Dari sini, pelajar akan mendapat sebuah pengalaman pembelajaran yang mampu memberikan mereka sebuah variasi PdP yang menarik dan seterusnya meningkatkan lagi sesebuah kefahaman terhadap kontens dalam sesebuah kurikulum tersebut. 

Wednesday, October 10, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KEDUA 5 OKTOBER 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KEDUA




Pada kelas minggu kedua, kami telah mempelajari pelbagai definisi kurikulum yang berbeza. Dan setiap definisi tersebut ,kami telah ditugaskan untuk membentangkan isi penting mengikut persediaan kumpulan masing-masing. 



Apa yang menarik perhatian saya ialah, definisi kelima yang menyatakan kurikulum itu sendiri adalah sebuah proses pembaharuan pendidikan  dari aspek perkembangan dan pengintegrasian komputer dan pengaplikasiannya.


Hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha giat dalam aktiviti menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah satu pelantar bagi melaksanakan aktiviti PdP di sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Perkara ini juga ditekankan dalam PPPM 2012-2015 yang mana ada menekankan unsur kreativiti dan inovasi pelajar.  

Justeru, pengaplikasian komputer dan perisian yang tepat dan betul dalam sistem pendidikan negara hari ini sebenarnya mampu memantapkan lagi proses PdP berdasarkan keperluan dan kehendak semasa. 


Ini adalah kerana komputer merupakan suatu alat atau peranti elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan dan mampu menarik minat pelajar dalam aktiviti pendidikan seharian yang akan dijalankan. Salah satu contoh adalah menggunakan games atau permainan menerusi penggunaan komputer. 

Pelbagai games yang boleh digunakan untuk beberapa pengaplikasian dalam sesebuah mata pelajaran iaitu; Puzzle Games. Puzzle Games ini adalah sebuah permainan yang boleh digunakan dalam mata pelajaran Add Math atau Matematik Tambahan yakni sebuah gabungan permainan komputer dan video. Contoh permainan tersebut adalah Gross Number Puzzle dan ianya sangat menarik bagi menguji kebijaksanaan berfikir pelajar! 

KEMAHIRAN?

Apakah kemahiran yang boleh diperolehi oleh pelajar sekiranya menggunakan games menerusi komputer?


  • bijak selesaikan masalah
  • bijak membuat andaian
  • cepat dan pantas membuat keputusan dengan tepat
  • menggunakan pertimbangan yang baik melalui cara yang menarik dan mencabar.


Saya juga turut menggunakan games komputer untuk pelajar saya. Bagi mata pelajaran bahasa Arab untuk pelajar degree UNIKL, saya gemar menguji kepantasan dan ketepatan menjawab soalan bahasa Arab dengan menggunakan games yang dikenali sebagai KAHOOT. Para pelajar saya pun amat seronok untuk bersaing dan sentiasa bersemangat untuk menjawab soalan dan membuat keputusan dengan tepat bagi memperolehi markah peratus yang paling tinggi. Aktiviti ini sekaligus melatih pelajar mengingat kosa kata bahasa Arab dengan berkesan! 

Selain itu, kelas minggu kedua mengkehendaki saya mempelajari bagaimana menggunakan aplikasi dalam talian (CANVA) untuk menghasilkan sebuah poster dan grafik yang menarik. 


Saya telah menghasilkan poster yang memberi makna mengenai kurikulum. So, saya menggunakan 2-3 perkataan sahaja untuk memberi makna kurikulum secara keseluruhan.

 




APA ITU KURIKULUM?

APA ITU KURIKULUM? 




Kurikulum adalah sebuah pengalaman pembelajaran dan ianya disediakan dalam sebuah bentuk rancangan pembelajaran ( Norlidah Alias, 2010)

Kurikulum juga sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan seiring dengan keperluan semasa (Norlidah Alias, 2010 & Ahmad Subri Shuib, 2009)

 Kurikulum bukan sahaja sekadar satu label yang merujuk mahupun menjelaskan tentang satu entiti benda atau perbuatan sahaja. Walaubagaimanapun kurikulum merupakan suatu konsep yang telah melalui beberapa tahap transformasi dengan meninggalkan kesan-kesan dalam bentuk idea, model, dan tindakan-tindakan yang dijelmakan dalam projek-projek di sekolah dan di institusi pendidikan lainnya (Mohd Nazri Abdul Rahman (2014)

Justeru, pada pendapat saya. Pengalaman pembelajaran yang dimaksudkan untuk kurikulum ini merupakan sesuatu perancangan yang sentiasa disusun, diteliti dan ditambahbaik mengikut keperluan semasa pendidikan negara khususnya.





REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING What is PEDAGOGY? Must be something good!  Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semu...