Monday, December 17, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KE LAPAN 23NOVEMBER 2018


Related image

Non F2F Class - PERBINCANGAN LESSON PLAN


Minggu ini kelas kami ditetapkan untuk membuat perbincangan mengenai pemilihan topik Lesson Plan. And semestinya kelas dibatalkan disebabkan Dr Dorothy ada tugasan luar yang perlu diselesaikan. So kami pilih untuk memilih tajuk masing-masing terlebih dahulu seterusnya mencadangkan setiap orang. Untuk kumpulan saya, kami memilih subjek pendidikan Islam memandangkan saya sendiri dari bidang Pendidikan Islam bersama rakan kumpulan saya iaitu saudara Hafiz dan saudari Mawaddah dari bidang Tahfiz. Walaubagaimapun, apa yang kami lihat adalah ISLAM sememangnya the way of life so segala intipati yang terdapat di dalam kurikulum  sedia ada hari ini sebenarnya rata-rata seluruh dunia telah mempraktikkan perkara yang sama. 

Jadi, kami telah memikirkan dan berhujah-hujah bersama dan bersepakat untuk mengambil tajuk di bawah tema FIQH atau FEQAH dan tajuk SOLAT telah menjadi pilihan kami. Selepas itu, kami bersama-sama memikirkan bagaimana hendak mengolah lesson plan solat seperti contoh-contoh yang sedia ada menjadikan sebuah rancangan pengajaran bertajuk SOLAT tersebut lebih menarik dan terkehadapan sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 yang menjadikan sebuah pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembantu dan pembimbing. Inisiatif kami adalah mencari seberapa banyak contoh lesson plan di dalam bidang apa sekali pun khususnya lesson plan yang terdapat dalam kurikulum dari luar negara. Ini adalah supaya, lesson plan kami boleh digunakan around the world.

Sebenarnya dalam Islam terdapat pelbagai jenis-jenis solat. Ada solat wajib dan solat sunat. Apa yang perlu diketengahkan dan dikukuhkan lagi kepada pelajar hari ini tidak kiralah usia mereka di sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah rukun solat yang perlu ditunaikan secara betul dan baik. Ramai pelajar hari ini sekiranya di tanya, bacaan surah al-Fatihah tidak mampu di baca dengan sempurna lagi walhal bacaan surah tersebut adalah salah satu rukun solat yang ada dan sekiranya tidak di baca solat akan dianggap dan dikira tidak sah. Isu solat ini sebenarnya besar kesannya jika tidak dikukuhkan dalam kalangan pelajar baik pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah kerana permulaan menunaikan solat lah mampu mencegah mereka untuk melakukan pelbagai gejala negatif yang tidak sepatutnya dilakukan pada hari ini.

Justeru, kami sebagai ahli kumpulan yang mewakili bidang PENDIDIKAN ISLAM satu-satunya di dalam kelas ini menganggap isu ini perlu dititik beratkan dan kami bersetuju bersama-sama untuk menjadikan tajuk SOLAT sebagai pilihan tajuk yang perlu ditonjolkan dalam penghasilan lesson plan kami supaya ianya boleh diguna pakai pada masa akan datang sebagai sebuah lesson plan SOLAT yang lebih inovatif dan komprehensif. Seterusnya, mampu memberi kesan yang besar kepada seluruh pelajar ISLAM di Malaysia khususnya. 

Memandangkan kami mempunyai 3 ahli kumpulan sahaja maka pembahagian lesson plan SOLAT ditetapkan seperti di bawah;

  • Hafiz - dalil mendirikan solat, rukun solat dan sebagainya
  • Izzah ( saya sendiri) - Solat dan hikmahnya dalam pengaplikasian dari sudut Sains dan Teknologi
  • Mawaddah - amali solat dan bagaimana hendak menentukan arah kiblat dengan betul?
Seterusnya kami bersama-sama memikirkan objektif pembelajaran dan pengajaran masing-masing mengikut pembahagian topik kecil SOLAT yang telah ditetapkan. Untuk lesson plan yang akan saya hasilkan, penetapan objektif pembelajaran dan pengajaran mestilah berpandukan kepada kriteria yang terdapat di dalam Bloom's Taxanomy supaya objektif yang dihasilkan adalah memberi kesan kepada pelajar secara menyeluruh dalam pelbagai aras


Image result for solat

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING What is PEDAGOGY? Must be something good!  Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semu...