Monday, December 17, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KETUJUH 16 NOVEMBER 2018

HOW TO PRODUCE AN INNOVATIVE LESSON PLAN? 

Image result for lesson plan


Assalamualaikum and a very good morning, afternoon and evening to all hihi. 😉
Untuk kelas Pembangunan Kurikulum bersama Dr Dorothy minggu ini, kami diarahkan diminta untuk menghasilkan sebuah lesson plan atau melayunya di panggil 'rancangan pengajaran dan pembelajaran'.

Apa itu Lesson Plan?


Lesson Plan merupakan salah satu keupayaan untuk meningkatkan proses dan hasil pembelajaran yang akan dilaksanakan secara kolaboratif dan berkelanjutan berlandaskan pada prinsip-psrinsip mutual learning untuk membangunkan komuniti belajar.


Okay, itu bahasa formal nya lah. Tapi mengikut kefahaman saya secara ringkas, lesson plan ini adalah sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh semua pendidik. Why pendidik tapi bukan cikgu je? hehe 😝

Oleh sebab lesson plan ni semua pendidik kena sediakan and or course lah penyediaannya mesti sebelum proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Untuk hari ni, di sekolah tidak lagi memanggil menyebut istilah PdP, malahan istilah tersebut telah digantikan dengan istilah yang lebih produktif iaitu PdPC dan istilah PdPC mewakili pemudahcaraan. Guru pada hari ini perlu menghasilkan sebuah PdPC yang lebih ber reformasi komprehensif. Ini adalah kerana, transformasi dalam sistem pendidikan memerlukan reformasi komprehensif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPc) seiring perkembangan pesat teknologi hari ini. Menurut Pengerusi Yayasan Qatar, Sheikha Moza Nasser berkata

"Antara cabaran dihadapi kini ialah bagaimana perkembangan pesat teknologi dapat dimanfaatkan pelajar khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dan pada masa sama, memastikan berupaya menapis maklumat tidak sahih.
"Ini termasuk menyediakan kurikulum dan pedagogi yang dapat membangunkan pemikiran kritis selain melengkapkan warga pendidik serta pelajar dengan alat pembelajaran yang bersesuaian," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Persidangan Inovasi Dunia bagi Pendidikan (WISE) pada 15 November 2017. 

Related image

Pembelajaran Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan "kumpulan pelaksana" yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut.


So ada beberapa perkara yang disarankan oleh Dr Dorothy dalam pembinaan dan penghasilan sebuah lesson plan yang inovatif untuk digunakan di dalam kelas sebagai pemudahcaraan kepada guru. 
Dr menyarankan supaya lesson plan yang akan kami hasilkan nanti mengikut kumpulan itu mestilah sebuah lesson plan yang boleh digunakan around the world. Maksudnya, lesson plan itu tidak terhad atau terikat untuk kurikulum di Malaysia sahaja malahan ianya mampu diaplikasikan oleh segenap kurikulum dunia. Juster, pemilihan topik lesson plan kami amat penting untuk menitikberatkan mengenai sosiologi masyarakat negara luar semasa supaya tajuk yang kami pilih nanti mampu digunakan di negara lain heheheh. Class sangat bunyi nya kan 😜😜. Tapi ini lah realiti. So lets brainstorming together lah! 😞😞


Selain itu, Dr memberi cadangan untuk memilih pelbagai strategi bagi menjayakan objektif yang akan dilampirkan dalam lesson plan kami tersebut. Contoh strategi seperti memasukkan beberapa aktiviti yang menarik bagi mencapai objektif pembelajaran seperti; Jigsaw, Groupwork dan sebagainya. And! yang penting setiap apa aktiviti dan strategi yang kami lampirkan tersebut mestilah di datangkan dengan justifikasi bagi menerangkan dan mengukuhkan lagi whyyyy kami pilih strategi tersebut. Adakah strategi tersebut mampu mencapai objektif kurikulum tersebut? Ahaaaaaaaa realiti nya menjadi seorang guru cabaran terbesar adalah menghasilkan lesson plan yang berkesan kepada pelajar. So lets brainstorming together lagi lah! 😚😚


Part yang paling penting dalam kriteria lesson plan yang berjaya dan afektif adalah penulisan dan pemilihan objektif pembelajaran. Yes! nampak senang tapi bukanlah semudah yang disangka hahaha. Guru perlu tahu menulis objektif pembelajaran dan objektif untuk mengukur 'mengetahui' sahaja tak cukup okayyyy. Mesti memerlukan objektif yang mengukur tahap pelajar menggunakan aras yang lebih tinggi. Pelajar tidak digalakkan untuk menghafal sahaja dalam sesebuah PdPC tapi mereka tahu bagaimana untuk mengaplikasi dalam dunia sebenar berdasarkan apa yang mereka pelajari di sekolah dan ini lah di sebut sebagai pengalaman pembelajaran. Jadi setiap lesson plan yang dihasilkan mestilah mempunyai instructional strategy bagi mengukuhkan lagi keberhasilan sesebuah pengajaran dan pembelajaran. 


Sebenarnya ada banyak cara dan strategi untuk menghasilkan sebuah lesson plan yang inovatif. Apa yang penting guru perlu rajin menerokai apa yang diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Teknologi hari ini kian membangun dan berkembang dengan cepatnya. Kita sebagai seorang guru kadang-kadang tidak boleh hanya mengajar dan mengajar dan meletakkan diri di bawah tempurung tanpa menghiraukan perkembangan semasa pelajar. 

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING What is PEDAGOGY? Must be something good!  Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semu...