Thursday, October 18, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KETIGA 12 OKTOBER 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KETIGA



CURRICULUM DESIGN (REKA BENTUK KURIKULUM)

Proses pembinaan kurikulum adalah sebuah pengalaman pembelajaran yang melibatkan tiga aspek utama ; (1) elemen (2) proses (3) reka bentuk yang mengikut kehendak semasa. Sekolah adalah institusi yang mampu mencapai segala objektif dan matlamat pembinaan sesebuah pembangunan kurikulum itu sendiri seterusnya memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang dan ditentukan. 


Elemen yang perlu ada dalam proses pembinaan kurikulum adalah objektif ataupun matlamat. Oleh disebabkan perubahan sentiasa berlaku dalam kalangan masyarakat, maka penentuan kurikulum juga harus mengambil kira perubahan-perubahan ini agar apa yang dipelajari tidak terpisah dengan konteks semasa. Objektif dan goal ini boleh menggunakan beberapa kriteria untuk menjadi asas rujukan kepada matlamat yang akan dibentuk yakni matlamat yang mapu memberi kepuasan kepada kehendak individu dan releven kepada sesebuah masyarakat khususnya ( Abu Bakar, 1991). 


Selain itu, elemen yang penting dalam sesebuah kurikulum adalah pengalaman pembelajaran. Ciri-ciri pengalaman pembelajaran yang dimaksudkan adalah guru perlu membuat sebuah pemerhatian dan membentuk beberapa konsep dan mengeneralisasikannya berdasarkan persamaan yang telah ditemui. Ini adalah kerana guru perlu menyediakan bahan pengajaran untuk membentuk sebuah aktiviti berdasarkan tema pembelajaran kepada pelajar. Dari sini, pelajar akan mendapat sebuah pengalaman pembelajaran yang mampu memberikan mereka sebuah variasi PdP yang menarik dan seterusnya meningkatkan lagi sesebuah kefahaman terhadap kontens dalam sesebuah kurikulum tersebut. 



"Bagaimana kita mengetahui apakah tujuan kurikulum dan pembelajaran sudah tercapai "? (Tyler, 1949)

Jawapan dari persoalan di atas melibatkan pertimbangan kualiti dan tujuan pembelajaran sebagai kriteria kejayaan sesebuah pendidikan. Maka, untuk mengetahui tahap pencapaian matlamat sesebuah kurikulum diperlukan penilaian atau penilaian hasil belajar. Penilaian ini lebih
menekankan kepada pencapaian sesebuah kurikulum itu terhadap kriteria atau objektif yang telah ditetapkan oleh penilai atau oleh pembuat keputusan. Penilaian sesebuah kurikulum lazimnya melibatkan proses untuk menilai sesuatu kurikulum atau aktiviti yang dijalankan.
 


_________________________________________________________________________________

TUGASAN?


Untuk tugasan kelas minggu ketiga, kami dipertanggungjawabkan untuk membentuk kumpulan yang kapisitinya terdiri daripada 3-4 orang. Memandangkan saya adalah pelajar DPP daripada pengkhususan PENDIDIKAN ISLAM, jadi saya telah membina kumpulan bersama 2 orang kawan saya lagi (PENDIDIKAN ISLAM & PENDIDIKAN TAHFIZ) dan masing-masing bernama  dan Mawaddah.

Tugasan kami ialah perbanidngan kurikulum Malaysia dan setiap orang perlu mencari satu kurikulum negara lain untuk dibandingkan. Aspek-aspek perbezaan tersebut perlu dipersembahkan menggunakan sebuah jadual dan setiap aspek tersebut perlu dihuraikan perbandingannya dengan negara lain. Fuhhh! of course tugasan ini begitu mencabar kerana markah yang akan diperolehi sekiranya berjaya sepenuhnya adalah sebanyak 20% okay. Jadi, untuk memenuhi kehendak Dr Dorothy, ada beberapa aspek perbandingan yang dikehendakinya untuk digunakan dalam penulisan kami.


APAKAH ASPEK  PERBANDINGAN KURIKULUM DENGAN NEGARA LAIN?

  1. GOAL
  2. OBJEKTIF
  3. LEARNING EXPERIENCES - cadangan mengolah pengalaman pembelajaran; kelas, aktiviti etc
  4. STRUCTURING LEARNING EXPERIENCES -penyampaian, teori
  5. EVALUATING LEARNING EXPERIENCES - peperiksaan etc
  6. STREGHTS & WEAKNESS OF EACH CURRICULUM


No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING What is PEDAGOGY? Must be something good!  Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semu...