Online class (Kelas dalam talian
So, untuk kelas minggu ini, Dr Dorothy ada tugasan luar yang memerlukan kelas FacetoFace (F2F) kami dibatalkan. Jadi, sukacitanya Dr masih mencari inisiatif untuk kami saling menambah ilmu untuk kelas ini. Apa yang Dr buat? yes, online class lah sudah tentu hehe.
Kami diarahkan untuk menonton beberapa video you tube yang di beri link dalam spectrum seterusnya menyiapkan beberapa tugasan berdasarkan kefahaman video tersebut. Sudah pasti video tersebut in English. Jadi, bagi saya yang merupakan pelajar sedar diri lemah dalam penggunaan bahasa Inggeris, apa yang saya buat? Saya memerlukan persekitaran yang tenang untuk saya mendengar intipati video dengan tenang dan jelas. Saya juga menggunakan bantuan headphone bagi mempertingkatkan lagi kualiti kemahiran mendengar yang diperolehi seterusnya membantu saya mendengar audio dan video dengan baik.
Antara video yang ditugaskan untuk ditonton adalah video yang bertajuk The ADDIE Analysis Phase & The ADDIE Design Phase. Kedua-dua video ini masing-masing berdurasi 5 minit 26 saat & 6 minit 40 saat.
Selepas selesai menonton kedua-dua video tersebut, kami ditugaskan untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan video tersebut.
Kami dikehendaki untuk menyediakan pembelajaran yang berkaitan bagaimana cara untuk mengajar pelajar pra-sekolah yang berumur 5 tahun untuk memasak nasi. Perkara yang mesti ada dalam penulisan tersebut mestilah dari aspek goal analysis & instructional analysis.
Saya cuba mencari beberapa article tentang ADDIE MODEL dan juga model-model instructional design yang lain dan memfokuskan bagaimana hendak menentukan goal analysis dengan tepat dan menyeluruh. Saya cuba mehamami apakah perkara-perkara penting yang perlu dilihat untuk menganalisis latar belakang pelajar dan beberapa aspek penting di bawah instructional analysis. Ada satu perkara yang menarik minat saya ialah aspek pengetahuan sedia ada pelajar yang mana saya perlu menganalisisnya untuk menentukan dan analisis cara pengajaran saya.
Tugasan yang seterusnya adalah menentukan beberapa goal analysis untuk pelajar Denmark dan rancangan pengajaran yang sama iaitu mengajar bagaimana cara untuk memasak nasi yang sempurna. Tugasan ini memerlukan saya membezakan beberapa aspek penting untuk menentukan instructional design yang sudah tentunya berbeza sama sekali dengan kumpulan pelajar 5 tahun pra-sekolah. Pelajar Denmark ini dinyatakan juga oleh Dr Dorothy yang mana mereka langsung tidak mempunyai pengalaman memasak nasi dan juga tidak pernah langsung mempunyai dan membeli rice cooker (periuk nasi).
Sememangnya ini adalah tugasan pertama yang saya anggap agak mencabar. Jadi, tidak cukup hanya video yang disediakan, malah saya perlu mencari rujukan luar untuk menambah rujukan dan kefahaman saya supaya menghasilkan sesuatu persediaan pengajaran yang baik untuk murid pra-sekolah berumur 5 tahun dan pelajar Denmark yang barangkali tidak menjadikan nasi itu sebagai makanan ruji. Kedua-dua jenis kumpulan ini mesti mempunyai instructinal analysis yang berbeza supaya kita sebagai guru dapat mencapai objektif pelajaran bagaimana hendak memasak nasi. Penulisan kami ini mestilah tidak lebih daripada 1000 patah perkataan.

No comments:
Post a Comment