PEMBENTANGAN TUGASAN LESSON PLAN DAN PERBANDINGAN KURIKULUM
Assalamualaikum and Hi!
Pada minggu ini kami semua ditugaskan untuk membentang hasil kerja yang telah kami usahakan berminggu-minggu untuk disiapkan iaitu lesson plan dan perbandingan kurikulum dengan negara luar. Setibanya di kelas, kami dikehendaki untuk mencabut undi giliran kumpulan untuk pembentangan. So! kumpulan sy mendapat giliran nombor 5.
Kami cuba membentangkan mengikut kriteria penilaian yang diperlukan oleh Dr Dorothy sepertimana yang telah dijelaskan beliau pada minggu yang lepas. Yang penting keberhasilan lesson plan yang inovatif dan interaktif!
Manakala pembentangan perbandingan kurikulum pula memerlukan kami menonjolkan beberapa isi penting mengenai aspek perbezaan dan persamaan yang ketara di antara kurikulum negara yang dibandingkan. Maka, setiap kumpulan hanya diperuntukkan 10 minit untuk membentangkan kedua-dua tugasan justeru kami memilih untuk menjelaskan beberapa kriteria yang unik dan tersendiri mengikut kurikulum negara yang kami bandingkan berdasarkan beberapa elemen penting.
Secara keseluruhannya, pembentangan daripada kumpulan lain adalah sangat memberansangkan. Ada beberapa ahli kumpulan lain yang dibentuk bercampur bidang asal dan mereka mempunyai cabarannya yang tersendiri untuk menghasilkan sebuah lesson plan di luar bidang masing-masing. Ada juga kumpulan menggabungkan ahli mereka daripada dua bidang iaitu fizik dan Matematik. Mereka memilih untuk menghasilkan lesson plan yang pengakhirannya adalah gabungan antara kedua-dua subjek tersebut memandangkan sifat yang ada pada kedua subjek tersebut mempunyai persamaan. Namun, segala cabaran tersebut sebenarnya ada pada setiap kumpulan.
Bagi kumpulan kami sendiri adalah sangat mencabar untuk memilih tajuk yang boleh dipraktikkan dalam dunia semasa dan memasukkan beberapa elemen pengaplikasian dari bidang Sains dan Teknologi. Kita tidak mahu lihat subjek Pendidikan Islam ini adalah sebuah subjek yang dianggap bosan oleh pelajar disebabkan mereka sedia ada mengaplikasikan di rumah dan kehidupan seharian malahan hanya membuat proses pemerhatian terhadap apa yang dipraktikkan oleh ibu bapa mereka sendiri. Namun, subjek Pendidikan Islam haruslah berfungsi untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan praktikan seseorang pelajar supaya segala amalan yang dilakukan mestilah sempurna dan betul bukan hanya melakukannya hasil daripada pemerhatian semata- mata.
Justeru, para gurulah yang memainkan peranan yang amat penting untuk merancang rancangan pengajaran dan pembelajaran harian menjadi sebuah rancangan yang lebih praktikal dan afektif bukan hanya sekadar berobjektifkan pelajar untuk menghafal fakta semata-mata. Malahan, teori dan praktikalnya adalah amalan dalam kehidupan seharian sesuai dengan matlamat pendidikan Islam yakni bagi melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan mengamalkannya akhirnya untuk menjadikan insan yang soleh dan beramal mulia.

No comments:
Post a Comment