Wednesday, December 19, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

Image result for pedagogy

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING


What is PEDAGOGY?
Must be something good! 
Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semua guru menggunakan e-Learning contohnya seperti VLE-Frog etc. 
Untuk kelas minggu ini, Dr dengan berbesar hatinya ingin berkongsi kepada kami tentang apa yang telah dikongsikan beliau oleh sesi kursus untuk pensyarah baru Universiti Malaya. Dan apa yang menarik minggu ini ialah kami dikejutkan dengan berita gembira. Apa berita gembira tersebut? Dr Dorothy telah menerima anugerah E-Pembelajaran Inovatif hehe. So proud of you Dr! Pencapaian yang sangat membanggakan .Tahniah!😊😊
So berbalik dengan apa yang kami pelajari tentang intipati pedagogy pada minggu ini ialah Dr menerangkan serba sedikit apa itu pedadogy. Perkataan PED berasal daripada boy/Leader Latin; Gogy membawa maksud pengajaran dan pembelajaran; PEDAGOGY memberi makna mengajar. 
Dr juga ada menerangkan serba sedikit mengenai; 
  • Critical Praticioner
  • Psycho-Diagnose
  • Reflective Practitioner
  • Community in Practice
  • Assurer of Organisational Quality
So dalam banyak-banyak point di atas, apa yang saya ingin detailkan adalah mengenai point community in practice itu bermaksud belajar untuk sosialiti yang mana peranan kita sebagai seorang guru adalah untuk membangunkan pengetahuan sosialisasi sekitarnya dan ianya boleh diterima pakai oleh semua orang. Teaching for teachers not to research okay. 🙅


Image result for kahoot


So, lepas Dr terangkan semua point yang penting then Dr ada buat sikit la kuiz untuk menilai kefahaman kami mengenai apa yang Dr jelaskan tadi secara keseluruhannya. Kami pun bersedia dengan smartphone masing-masing. Hanya ada 3 soalan mudah sahaja. So pemenangnya kahoot lah yang akan kirakan dan tetap kan. Jawapan mestilah cepat dan tepat, tak boleh cepat tapi tak tepat and tak boleh lambat even jawapan dah tepat! MESTI CEPAT DAN TEPAT!

So pemenangnya ialah sayaaaaaaa! 




Actually, penggunaan games kahoot ini sangat interaktif dan menarik minat pelajar. Semangat untuk menjawab soalan dengan cepat dan tepat itu dibina oleh disebabkan music yang dipasang dan menjadi background music ketika games dimainkan itu membuat kan pelajar berkobar-kobar untuk menjadi pemenang!
Saya sendiri telah membina beberapa MyKahoot untuk pelajar saya di UNIKL KG BARU. Saya mengaplikasikan games Kahoot ini sejak tahun 2014 saya mengajar di sana. Apa yang saya lihat, pelajar sememangnya belajar dan cuba mengingat bahasa baru yang dipelajari nya untuk disoal pada akhir pembelajaran menerusi games Kahoot. Yes! definitely mereka sangat enjoy dan saya menjadikan games itu lebih menarik dengan menggunakan background music untuk permulaan permainan yang pelbagai. Saya mudah mendapat data pemenang secara tepat dan afektif. Pelajar pun berasa seronok dengan points yang mereka perolehi pada akhir permainan Kahoot.

Selain itu, kami ada berbincang di dalam kumpulan yang telah ditetapkan beberapa cara bagaimana menghasilkan sebuah innovative learning seperti di bawah;

  1. Menggunakan sosial media
  2. Memberi peluang pelajar untuk buat kesalahan 
  3. Teachback
  4. Design thinking
  5. Learning from the crowd
  6. Video games
  7. Formative analytics
  8. Learning for the future
  9. Translanguaging
Apa yang menarik perhatian saya adalah point yang ke 8 yakni learning for the future. Kita sebagai guru perlu mempersiap sediakan pelajar untuk bekerja dan hidup pada jangka masa akan datang yang semestinya bersifat unpredictable atau sukar dijangka. Guru tidak boleh mengajar apa yang ada di dalam silibus untuk tahun-tahun semasa sahaja tapi guru perlu menghubungkaitkan beberapa unsur yang akan berlaku 5-10 tahun akan datang. Contohnya berfikir mengenai kecanggihan teknologi untuk 5-10 tahun akan datang. Softskills pelajar juga amat penting untuk diasah dan dipupuk bagi persediaan masa akan datang pelajar itu sendiri. Pelajar bukan belajar untuk menghafal sesebuah fakta semata-mata akan tetapi pelajar perlu menguasai beberapa kemahiran yang diperlukan. 

Seterusnya, kami turut berbincang di dalam kumpulan yang telah ditetapkan beberapa cara bagaimana menghasilkan sebuah Blended Learning seperti di bawah;

  1. Rotation model (Station Rotation, Lab Rotation)
  2. Flipped classroom
  3. Individual rotation
  4. Flex model
  5. Ala-carte model
  6. Virtual model
  7. Active Learning
Saya berminat dengan jenis blended learning nombor 4 iaitu Flex Model yang mana model ini menekankan mengenai online dan offline class dan individu akan menentukan kesesuaian waktu sama kelas Face to Face (F2F) ataupun kelas non Face to Face (NF2F).

Ada dua innovative learning iaitu Spaced Learning and Learning Making Science. Learning making Science ini adalah berfokuskan kepada orang awam ataupun dipanggil komuniti. Memerlukan wakil volunteer untuk join sesebuah organisasi dan memberi peluang kepada komuniti untuk join program dan aktiviti yang berunsurkan Science. Tujuannya adalah untuk merasai dunia Sains yang sebenar contohnya menjadi Saintis sebenar. Akan tetapi subjek tidak lah terhad kepada subjek Science semata-mata. 
Interactive learning pulak ialah sebuah pembelajaran yang memerlukan guru untuk sentiasa bergerak. Dan tidak semestinya pelajar pun kena bergerak, sekiranya pelajar tidak bergerak guru perlu memberi aktiviti untuk mereka berinteraksi sesama sendiri. 








No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING What is PEDAGOGY? Must be something good!  Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semu...