GOAL ANALYSIS
Untuk kelas minggu ini, kami masing-masing telah pun mendapat markah untuk tugasan minggu lepas. Markah tugasan saya mendapat 65% sahaja. Tapi, tidak mengapa. Saya cuba mencari apakah kekurangan dan kesilapan dalam penulisan tugasan saya minggu lepas.
Suprisingly, ada pelajar yang memperolehi markah yang tinggi iaitu sebanyak 80% markah. Ini adalah penulisan mereka kebanyakannya kriteria yang ditulis adalah mengikut apa yang Dr Dorothy mahukan.
Akan tetapi, Dr ada cakap yang mana kebanyakan daripada kami silap faham akan tugasan minggu lepas. Pelajar majoritinya memahami bahawa tugasan tersebut mengkehendaki mereka menulis lesson plan, tetapi ianya salah sama sekali.
Justeru, kelas minggu ini, Dr telah datang untuk menerangkan beberapa aspek penting yang perlu ada dalam skema pemarkahan bagi tugasan 'bagaimana untuk memasak nasi'.
Goal analysis- yang pertamanya mesti ditentukan matlamat dan kriteria matlamat tersebut adakah ianya dengan bantuan ataupun tidak memerlukan bantuan. Objektif yang boleh ditetapkan adalah seperti di akhir pembelajaran ini pelajar boleh menyukat beras & air untuk memasak nasi dengan menggunakan periuk nasi elektrik secara selamat dan sempurna.
Guru perlu menerangkan beberapa jenis beras yang ada seperti beras perang, beras putih, beras pulut dan sebagainya. Akan tetapi penjelasan mengenai jenis beras ini sepatutnya tidak perlu diketengahkan kepada pelajar pra-sekolah yang berumur 5 tahun. Jadi, guru perlu terus menceritakan bahawa beras adalah makanan yang akan menghasilkan sejenis makanan iaitu nasi. Pendek kata, nasi itu asalnya daripada beras. Guru akan menunjukkan beras kepada pelajar tersebut secara 'live' kerana khuatir ada daripada mereka tidak pernah melihat beras dan hanya melihat nasi semata-mata.
Selain itu, guru juga mengenalkan kepada pelajar berumur 5 tahun tersebut mengenai jenis-jenis periuk nasi. Ada periuk nasi elektrik dan ada periuk nasi manual dan kedua-duanya berfungsi untuk memasak nasi. Beberapa langkah boleh dijelaskan kepada pelajar seperti; (1) sukat beras (2) sukat air (3) basuh 3 kali bersama doa (4) buka elektrik (periuk nasi elektrik) buka api (periuk nasi manual).
Nilai bahaya, hati-hati & kerohanian secara khususnya boleh diterapkan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran ini seperti; (1) bahaya dan jaga-jaga dengan arus elektrik (2) tekan suis pastikan jari kering tanpa air (3) panas periuk nasi (4) basuh nasi sambil membaca doa. Pengetahun sedia ada pelajar juga dititik beratkan dengan melihat kemungkinan ada pelajar sudah mengetahui jenis periuk nasi dan jenis beras.
Berikut adalah beberapa aspek penting untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran 'bagaimana untuk memasak nasi' bagi pelajar pra-sekolah berumur 5 tahun;
- OBJEKTIF
- Mengenal beras yang sudah masak sempurna dengan menggunakan periuk elektrik dan memastikan langkah-langkah keselamatan.
- Pelajar boleh menyukat beras dan air untuk masak nasi dalam periuk nasi
(Semua aspek penting dalam penulisan objektif ada iaitu; pengetahuan, kemahiran & nilai)
- ITEM ASSESMENT
- pemerhatian - masak nasi
- pemerhatian - langkah-langkah keselematan
- INSTRUCTIONAL STRATEGY
- boleh bina kumpulan untuk pelajar sekiranya ada aspek pengetahuan, pengalaman dsbgnya.
- Resources - video, gambar, canva, poster dsbgnya
- Worksheet
- Delivery - online or F2F class
No comments:
Post a Comment