Tuesday, November 20, 2018

REFLEKSI KELAS MINGGU KEENAM 2 NOVEMBER 2018

GOAL ANALYSIS


Untuk kelas minggu ini, kami masing-masing telah pun mendapat markah untuk tugasan minggu lepas. Markah tugasan saya mendapat 65% sahaja. Tapi, tidak mengapa. Saya cuba mencari apakah kekurangan dan kesilapan dalam penulisan tugasan saya minggu lepas.

Suprisingly, ada pelajar yang memperolehi markah yang tinggi iaitu sebanyak 80% markah. Ini adalah penulisan mereka kebanyakannya kriteria yang ditulis adalah mengikut apa yang Dr Dorothy mahukan. 

Akan tetapi, Dr ada cakap yang mana kebanyakan daripada kami silap faham akan tugasan minggu lepas. Pelajar majoritinya memahami bahawa tugasan tersebut mengkehendaki mereka menulis lesson plan, tetapi ianya salah sama sekali. 

Justeru, kelas minggu ini, Dr telah datang untuk menerangkan beberapa aspek penting yang perlu ada dalam skema pemarkahan  bagi tugasan 'bagaimana untuk memasak nasi'. 

Goal analysis- yang pertamanya mesti ditentukan matlamat dan kriteria matlamat tersebut adakah ianya dengan bantuan ataupun tidak memerlukan bantuan. Objektif yang boleh ditetapkan adalah seperti di akhir pembelajaran ini pelajar boleh menyukat beras & air untuk memasak nasi dengan menggunakan periuk nasi elektrik secara selamat dan sempurna. 

Guru perlu menerangkan beberapa jenis beras yang ada seperti beras perang, beras putih, beras pulut dan sebagainya. Akan tetapi penjelasan mengenai jenis beras ini sepatutnya tidak perlu diketengahkan kepada pelajar pra-sekolah yang berumur 5 tahun. Jadi, guru perlu terus menceritakan bahawa beras adalah makanan yang akan menghasilkan sejenis makanan iaitu nasi. Pendek kata, nasi itu asalnya daripada beras. Guru akan menunjukkan beras kepada pelajar tersebut secara 'live' kerana khuatir ada daripada mereka tidak pernah melihat beras dan hanya melihat nasi semata-mata. 

Selain itu, guru juga mengenalkan kepada pelajar berumur 5 tahun tersebut mengenai jenis-jenis periuk nasi. Ada periuk nasi elektrik dan ada periuk nasi manual dan kedua-duanya berfungsi untuk memasak nasi. Beberapa langkah boleh dijelaskan kepada pelajar seperti; (1) sukat beras (2) sukat air (3) basuh 3 kali bersama doa (4) buka elektrik (periuk nasi elektrik) buka api (periuk nasi manual). 

Nilai bahaya, hati-hati & kerohanian secara khususnya boleh diterapkan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran ini seperti; (1) bahaya dan jaga-jaga dengan arus elektrik (2) tekan suis pastikan jari kering tanpa air (3) panas periuk nasi (4) basuh nasi sambil membaca doa. Pengetahun sedia ada pelajar juga dititik beratkan dengan melihat kemungkinan ada pelajar sudah mengetahui jenis periuk nasi dan jenis beras. 

Berikut adalah beberapa aspek penting untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran 'bagaimana untuk memasak nasi' bagi pelajar pra-sekolah berumur 5 tahun;

  • OBJEKTIF
  1. Mengenal beras yang sudah masak sempurna dengan menggunakan periuk elektrik dan memastikan langkah-langkah keselamatan.
  2. Pelajar boleh menyukat beras dan air untuk masak nasi dalam periuk nasi
(Semua aspek penting dalam penulisan objektif ada iaitu; pengetahuan, kemahiran & nilai)

  • ITEM ASSESMENT
  1. pemerhatian - masak nasi
  2. pemerhatian - langkah-langkah keselematan

  • INSTRUCTIONAL STRATEGY
  1. boleh bina kumpulan untuk pelajar sekiranya ada aspek pengetahuan, pengalaman dsbgnya.
  2. Resources - video, gambar, canva, poster dsbgnya
  3. Worksheet
  4. Delivery - online or F2F class

Dr juga ada menerangkan mengenai Gagne 9 Steps untuk menghasilkan lesson plan yang baik untuk dirujuk. 


Kesimpulannya, saya telah melihat beberapa kekurangan yang terdapat dalam tugasan yang disiapkan saya pada minggu lepas selepas Dr menerangkan beberapa aspek penting untuk goal analysis dan instructional analysis. Kelas ini telah membantu saya memahami lebih baik bagaimana untuk merangka beberapa goal analysis sebelum memulakan penulisan lesson plan pengajaran dan pembelajaran.





REFLEKSI KELAS MINGGU KELIMA 26 OKTOBER 2018

Online class (Kelas dalam talian


So, untuk kelas minggu ini, Dr Dorothy ada tugasan luar yang memerlukan kelas FacetoFace (F2F) kami dibatalkan. Jadi, sukacitanya Dr masih mencari inisiatif untuk kami saling menambah ilmu untuk kelas ini. Apa yang Dr buat? yes, online class lah sudah tentu hehe. 

Kami diarahkan untuk menonton beberapa video you tube yang di beri link dalam spectrum seterusnya menyiapkan beberapa tugasan berdasarkan kefahaman video tersebut. Sudah pasti video tersebut in English. Jadi, bagi saya yang merupakan pelajar sedar diri lemah dalam penggunaan bahasa Inggeris, apa yang saya buat? Saya memerlukan persekitaran yang tenang untuk saya mendengar intipati video dengan tenang dan jelas. Saya juga menggunakan bantuan headphone bagi mempertingkatkan lagi kualiti kemahiran mendengar yang diperolehi seterusnya membantu saya mendengar audio dan video dengan baik.

 Antara video yang ditugaskan untuk ditonton adalah video yang bertajuk The ADDIE Analysis Phase & The ADDIE Design Phase. Kedua-dua video ini masing-masing berdurasi 5 minit 26 saat & 6 minit 40 saat. 

Selepas selesai menonton kedua-dua video tersebut, kami ditugaskan untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan video tersebut. 


Kami dikehendaki untuk menyediakan pembelajaran yang berkaitan bagaimana cara untuk mengajar pelajar pra-sekolah yang berumur 5 tahun untuk memasak nasi. Perkara yang mesti ada dalam penulisan tersebut mestilah dari aspek goal analysis & instructional analysis

Saya cuba mencari beberapa article tentang ADDIE MODEL dan juga model-model instructional design yang lain dan memfokuskan bagaimana hendak menentukan goal analysis dengan tepat dan menyeluruh. Saya cuba mehamami apakah perkara-perkara penting yang perlu dilihat untuk menganalisis latar belakang pelajar dan beberapa aspek penting di bawah instructional analysis. Ada satu perkara yang menarik minat saya ialah aspek pengetahuan sedia ada pelajar yang mana saya perlu menganalisisnya untuk menentukan dan analisis cara pengajaran saya. 

Tugasan yang seterusnya adalah menentukan beberapa goal analysis untuk pelajar Denmark dan rancangan pengajaran yang sama iaitu mengajar bagaimana cara untuk memasak nasi yang sempurna. Tugasan ini memerlukan saya membezakan beberapa aspek penting untuk menentukan instructional design yang sudah tentunya berbeza sama sekali dengan kumpulan pelajar 5 tahun pra-sekolah. Pelajar Denmark ini dinyatakan juga oleh Dr Dorothy yang mana mereka langsung tidak mempunyai pengalaman memasak nasi dan juga tidak pernah langsung mempunyai dan membeli rice cooker (periuk nasi). 

Sememangnya ini adalah tugasan pertama yang saya anggap agak mencabar. Jadi, tidak cukup hanya video yang disediakan, malah saya perlu mencari rujukan luar untuk menambah rujukan dan kefahaman saya supaya menghasilkan sesuatu persediaan pengajaran yang baik untuk murid pra-sekolah berumur 5 tahun dan pelajar Denmark yang barangkali tidak menjadikan nasi itu sebagai makanan ruji. Kedua-dua jenis kumpulan ini mesti mempunyai instructinal analysis yang berbeza supaya kita sebagai guru dapat mencapai objektif pelajaran bagaimana hendak memasak nasi. Penulisan kami ini mestilah tidak lebih daripada 1000 patah perkataan. 

REFLEKSI KELAS MINGGU KEEMPAT 19 OKTOBER 2018

INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN


Anda pasti pernah mengikuti sesebuah training dalam keperluan pekerjaan anda? Antara contoh training tersebut seperti training e-learning dan lain-lain lagi. Apabila anda pulang daripada training tersebut, anda merasakan training tersebut  sangat bagus sehingga anda merasakan anda memperoleh sesuatu yang bermanfaat dan seterusnya anda mampu menerapkan intipati dalam training tersebut dalam pekerjaan anda. Namun di sisi lain ada training yang anda merasa tidak mendapat banyak manfaat kerana training tersebut dianggap anda gagal memahami apa yang disampaikan, padahal anda merasakan intipati  yang terkandung dalam training tersebut penting bagi pekerjaan anda. Juster, perbezaan antara training bagus dan tidak inilah terletak pada sesebuah pembinaan Instructional Design tersebut.





Instructional Design adalah proses untuk merancang proses penyampaian material dalam sebuah proses pembelajaran untuk menciptakan pengalaman pembelajaran (learning experience) yang mampu membuat pemahaman material dan pengetahuan tersebut lebih menarik, efektif dan efisien. Salah satu model Instructional Design yang sering digunakan adalah ADDIE



ADDIE? 




Model ini adalah model yang sering digunakan dalam menerapkan Instructional Design dalam proses pembelajaran.Sehinggakan, Instructional Design adalah lebih familiar dengan ADDIE MODEL. Terdapat 5 tahap dalam model ini Analysis, Design, Develop, Implement, Evaluation.


  • ANALYSIS
Goal analysis memerlukan analisis keperluan atau pun disebut priorities. Setiap analisis tersebut mestilah melihat kepada target audiences. Contohnya kategori pelajar yang bagaimana, pelajar jenis apa, pengetahuan sedia ada pelajar dan sebagainya. 
Kita boleh menggunakan beberapa cara untuk menentukan objektif pembelajaran seperti

SMART

S - SPECIFIC
M- MEASUREABLE
A- AUDIENCE
R- RELEVANT
T- TIMELY






Berikut adalah beberapa contoh dari instructional design model yang lain:


1. Dick and Carey Model
2. Robert Gagne’s Model
3. Kemp Model
4. A.S.S.U.R.E



II. Dick and Carey ModelDick and Carey Model (DC) mengikuti pola dasar instructional design ADDIE ( analysis, design, development, implementation and evaluation ). Model Dick and Carey adalah salah satu dari Model Prosedural. Iaitu model yang menyarankan agar penerapan prinsip  pembelajaran disesuaikan dengan langkah-langkah yang harus digunakan secara berturutan dan model ini terdiri dari 10 komponen.


REFLEKSI KELAS MINGGU KE SEMBILAN 30 NOVEMBER 2018

PEDAGOGY- LEARNING ABOUT LEARNING What is PEDAGOGY? Must be something good!  Hasrat KEMENETERIAN pada hari ini, mengkehendaki semu...